Nuffnang

Thursday, 29 May 2014

IZINKAN KULAMAR REDHA-MU

Petikan diambil dari buku : Tuhan sedang Menguji Kita ( Ustaz Kazim Elias )

Buku yang bercirikan islamik sangat menyentuh hati aku dan banyak ilmu, pengajaran yang aku dapat. Alhamdulillah ! Tak rugi hampa beli buku ni, sangat bermanfaat. Dapat selami lagi ilmu tentang agama kita. So kat sini aku akan sharekan sedikit apa yang ada dalam buku TUHAN SEDANG MENGUJI KITA dan apa yang aku nak sharekan ni sangat menyentuh jiwa naluri aku. :)


TUHANku..
Bagaimana mampu untuk kuungkapkan
Apakah kata-kata yang bisa kuabadikan
Sedangkan di setiap pandangan dan degup nafasku
Aku mencari-cari di manakah ilham yang bisa kucoretkan

TUHANku..
Sering kali aku bertanya
Apakah mampu untukku menjadi hamba-MU yang baik?
Sedangkan terlalu banyak khilaf dan kelemahanku
Semua tidak pernah terlepas daripada pandangan-MU

TUHANku..
Telah kusingkapkan tirai hati ini
Mahu benar mengintai tabir keagungan-MU
Ingin sekali aku melamar keampunan-MU
Namun apa yang kurasa hanyalah rasa malu kepada-MU

TUHANku..
Apakah pandangan ini masih terhijab di sebalik dosa-dosaku?
Apakah penglihatan ini masih terhalang di sebalik kesilapanku?
Namun,izinkan aku berkata kepada-MU
Bahawa teringin benar aku melihat wajah-MU

TUHANku..
Bukakanlah mata kalbuku ini
Dakapkanlah aku dalam pelukan kasih sayang-MU
Walaupun kutahu terlalu sukar untukku meraih redha-MU
Namun, izinkan aku untuk terus mengharapkannya
Demi rasa cintaku kepada-MU,

TUHANku..
Jiwa ini dalam genggaman kekuasaan-MU
Sering kali diusik rindu yang azali
Kuingin katakan bahawa aku kan terus mengharap
cinta dan redha-MU.

AMIN

Wednesday, 28 May 2014

Praktikal Punya Al-Kisah

Assalamualaikum and Hello .

Hmm, bila dah bergelar pelajar mesti akan jalani latihan industri kan. Sejak bergelar mahasiswi a.k.a senior ni makin susah pulak rasanya. Tapi aku tak bole patah semangat, penat-penat aku belajaq separuh nak pecah otak pastu nak patah semangat pulak ? Ohhh no no . Itu takkan berlaku, InshaAllah aku akan capai matlamat aku untuk genggam segulung diploma demi mak abah aku kat kampung tu. So kena laa buat betul-betul, untuk semester akhir ni dah takdak dah erti MAIN-MAIN, dah kena start serius. Dok buat main kerap satg keluaq result terpangpang dia tulis GAGAL, uihhh menangeh tak berlagu oiii. Okay ni aku nak cerita sikit dunia praktikal. Sapa yang dah pernah lalui tuu tau laa rasanya.



PRAKTIKAL : Aku salah seorang student praktikal dekat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, Banting Selangor. Time masuk kerja, macam biasa pukul 8am kena ada dah. Praktikal ni kena laa jaga kehadiran kalau tak jaga alamatnya repeat praktikal, haaahhh takmao aku ! Penat tauu. Pepagi kena bangun pukul 6.20am mandi-mandi, siap-siap then solat subuh pastu siap utk kali terakhir then terus gerak p office nak kata jauh tuu bole laaa jugak. Nasib baik ada kak syu dapat lah aku tumpang dia naik moto, kadang-kadang aku naik bas kalau dah terlewat bangun tu memang takdak choice dh kaksyu laa dok nampak. Hahah. Aku ditempatkan di Unit Akademik dibawah Unit Penilaian dan Peperiksaan, nak jadikan cerita memang tadak keja laa. Uihh tak bole dok diam, nanti nak tulis report mengagau aku nak menipu. So, aku ni kena lah ringan mulut tanya kat pegawai-pegawai aku ada kerja ke tak. Kalau ada tu ada, kalau tadak aku menghadap internet jaa sampai pukul 4.40pm . Nak dikata aku student praktikal paling muda kat unit ni, bangga nya lahai . Hahaha . Pukul 5.00pm time nak balik kemain laju lagi aku kemas sebab dok terbayang bantai , tilam, selimut aku kat rumah tu, penat dia tak payah cerita lah macam mana hampa kerja macam tu laa. Sejak praktikal ni aku kena tidoq awai sebab nak cukupkan tido then nak dapatkan tenaga. 8jam kena cukup ! Untuk aku lahhh. :D Hehehe
                             
Ni dah masuk bulan kedua aku praktikal kat sini bulan depan dah boleh back to college dah, tak payah dah aku bangun pepagi. Kononnya lah, padahal lecturer dah habaq dah habis jaa praktikal masuk kolej balik memang tadak masa aku nak rest. Whuaaaa :'( Sodehhh baq hang. So far keja kat sini okay pegawainya pun okay, kerja tuu boleh laa tahan. Alhamdulillah boleh jugak aku tempuhi semua ni. Tapi hampa jangan ingat benda nie senang, dah hampa dok praktikal hampa nak kena buat report Latihan Industri lagi. Bukan senang nak berjaya, kena susah-susah dulu senang-senang kemudian. Hmm nanti bila praktikal tuu benda yang kita belajaq tuu kadang-kadang takkan sama tau jangan terkejut beruk pulak. Aku ni macam-macam kena tau, kena angkat PC yang berat tu bayangkan lah aku ni dah kecik kemetot angkat benda tuu memang patah pinggang laa kan. Tapi hampa-hampa don't worry yang mana nak kena praktikal bulan depan tahun depan buat yang terbaik, nak praktikal kena banyak sabaq tau. So aku doakan hampa berjaya lalui ujian masa praktikal ni okay. 

Sampai sini sajalah ceritanya ye , sebab jam sudah menunjukkan 13:03pm masa utk aku restkan minda *REHAT*. InshaAllah panjang umur jumpa lagi. :)

Tuesday, 27 May 2014

EGO LELAKI .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys !

Jam menunjukkan pukul 9:39am pada hari ni, cuaca yang amat tenang, udara yang segar dan Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk aku menikmati keindahan dunia. Hari nie aku akan kongsikan serba sedikit tentang EGO. Aku ambik benda nie dari buku dan aku akan share dengan u'olls okay. So, siapa yang tak ada ego ? Semua orang ada kan, tipu lah kalau kata tadak ! Ego ni tak kira laa lelaki kaa perempuan kaa semua ada sikap ego ni. Ego ni kalau tak control elok-elok memang boleh buat seseorang tuu menyesal. So be carefull okay. Okay moh kito terjah serba sedikit tentang ego lelaki .




Ego seorang Lelaki

Keegoan seorang lelaki akan timbul/wujud bila dirinya "sempurna" sama ada dari segi kewangan, paras rupa atau kelebihan yang ada pada dirinya. Namun, golongan seperti ini tidak ramai kerana kebanyakkan lelaki lebih bersikap berfikiran terbuka dengan pelbagai perkara. 

Hal ini tidak dapat dinafikan juga kerana lelaki di anugerahkan sembilan akal dan satu nafsu. Bermakna, lelaki lebih pandai berfikir berbanding perempuan. Namun begitu, ada kelemahannya iaitu jika lelaki tidak menggunakan kelebihannya itu kearah kebaikkan. Maka lelaki itu akan menjadi 'liar' atau banyak berfikiran negatif. Sebaliknya, kelebihan lelaki akan berlipat ganda bila dia bijak menggunakan kelebihannya itu kearah 'kebaikkan' atau sesuatu yang bermanfaat. 

Dalam kenyataan ini, keegoan lelaki wujud apabila tidak menggunakan akalnya dengan baik dan akan bersikap 'bodoh sombong'. Sikap ego yang negatif ini wujud bila dirinya DICABAR dengan sesuatu yang 'bodoh' atau perkara yang sia-sia dan akan memakan dirinya sendiri.

Lelaki bersikap ego apabila dirinya dikelilingi perempuan. Betol ke? Ada sebabnya... Lelaki memang ingin kelihatan 'macho' atau 'hebat' dikalangan perempuan. Kenapa? 

Antara sebabnya, lelaki mempunyai sifat semula jadi yang mendorong mereka untuk bersikap seperti itu. Begitu juga perempuan bila dirinya diminati oleh lelaki. Selain itu, lelaki lebih cenderung menunjukkan sikap egonya dihadapan perempuan kerana sifat seorang lelaki dalam memainkan peranan untuk menambat hati perempuan. Hal ini adalah normal kerana setiap mahkluk ciptaan tuhan yang berjantina "lelaki" sememangnya memainkan peranannya untuk "memikat". Dan proses memikat hati perempuan memerlukan egonya tersendiri untuk meyakinkan bahawa dirinya berpotensi untuk menjadi ketua keluarga.

 ☛ Note dari admin : Jangan terasa jangan apa ye, aku cuma share je apa yang aku tahu and aku baca. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari aku. So aku doakan supaya kamu-kamu semua dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T . InshaAllah. Untuk lelaki, kurangkan ego anda ye. Pape pun Keep Calm and Stay Cool  Jumpa lagi di next entri. Take Care dan Assalamualaikum.

Monday, 26 May 2014

Antara Kawan atau Kekasih ♥

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

Panas kan hari ni, fuhhh berpeluh-peluh wehh ! Tapi takpaa disebabkan mood aku yang tengah dok rajin ni aku nak bagi  kat hampa pasai KAWAN DAN KEKASIH. Tajuk diaa haa tudia macam scary-scary sikit kann, haha . Okay balik pada tajuk *tarik nafas* , okay pada aku kedua-duanya penting.  Kadangkala perhatian yang kita tunjukkan dan keserasian yang dirasakan apabila bersama rakan lelaki atau perempuan boleh menyebabkan seseorang tersalah sangka atau keliru. Betul tak ? 

Kadang-kadang kita kena akui bahawa tak semua akan rasa sama, dan keadaan pun akan berbeza jika kita dah ada pasangan kekasih(couple). Bila dah jadi macam ni akan ada sesetengah pihak akan cepat terasa hati dengan perbuatan kita. Tapi sama ada kita sedar ke tak, tu semua tergantung pada diri sendiri. Apa yang aku cuba sampaikan untuk entri kali ni adalah kawan-kawan akan mudah terasa disisih jika kawannya yang lain dah ada pasangan kekasih. Dan ada jugak kekasih akan terasa kalau pasangannya memberi masa yang lebih kepada kawan-kawan berbanding dirinya. Benda ni terjadi jugak kat aku so aku ambik benda ni sebagai pengajaran. Hehe :) 

Soalan yang selalu melanda adalah :

"Siapakah keutamaan utama hang ? Kawan hang ka  teman lelaki hang ?"



Tapi ada sesetengah pihak akan cakap depa lebih pentingkan kekawan sebab kekasih tu ada pi ada mai. Ada pula lebih pentingkan bf/gf, sebab kekawan tu boleh dicari, memandangkan kekawan yang ramai. Tapi kalau menurut aku family is more important, right ! Kasih sayang yang kita bagi untuk bf/gf dengan kekawan kita mestilah berlainan. Akan ada perbezaan perasaan yang berlainan disitu yang aku sendiri tak boleh nak nyatakan okay beb ! 


So, kita kena lah pandai bahagikan masa untuk kedua-dua pihak untuk mengelakkan ada yang terasa. Tapi kalau tu pun someone tu tak boleh nak faham aku pun tatau nak kata apa. Huh ! And and and kalau lah kekawan hampa ajak hampa keluaq kaa cuba jangan bagi alasan nanti laa, aku ada hal laa apa laa bla bla bla sebab depa akan terasa sendiri " eh kawan aku ni dah takmau keluaq dengan aku sejak dah ada yang empunya." dan percayalah itu yang terakhir depa ajak hang keluaq okay. So, jangan rasa menyesal lepaih tuu ! :) Tapi kan.. ehh ada tapinya jangan lah buat bf/gf hampa rasa diri depa tu diabaikan disebabkan hampa lebihkan member-member. It's ain;t easy being in this situation, kita harus pandai mengatur langkah supaya member dan bf/gf kita tak terasa dengan perbuatan kita. Understand ? 


Tapi biasalah manusia tak lari dari kesilapan kan, adakalanya kita sendiri akan terlepas pandang. Aku ni bukanlah sesempurna mana kadang-kadang tu aku pun ada terasa dengan kekawan aku sendiri, Tapi bagi aku tu bukan  masalah besaq pun , kita kena lah faham jugak situasi seseorang yang dah ada pasangan tu. Dan yang kekasih tu pun kena lah faham jugak sekali sekala partner awak tu nak spend time dengan kawan-kawan dia selain dengan diri awak tuu. Persefahaman tu penting gila dalam setiap perhubungan. Hubungan dengan kekasih dan kawan-kawan. 

 THE POINT OF VIEW 
☞ Cuba letakkan diri anda dalam kasut orang lain, berjalan kaki selama satu batu, dan cuba memahami bagaimana mereka rasakan, sebelum anda melakukan sesuatu yang akan menyakiti mereka :)

Setiap perhubungan pasti ada batasnya, dan kita sendiri yang harus menjaganya. Yang penting KESETIAAN & KEPERCAYAAN yang diberi jangan disia-siakan  :)













         

Friendship

Assalamualaikum guys ! Entry kali ni pasal persahabatan. Semua orang pasti ada kawan baik, kawan rapat, kawan jahat, kawan sehidup semati dan bla bla blaa kan. Ehemm ** aku pun ada jugak tp kawan aku yang sorang tuu entah laaa macam lupa aku pun ada, ngee *ayat paseqah pulak*. Yelaa mana taknyaa aku di selatan dia di utara, since aku belajar kat sini dah kurang sikit maybe sebab jauh lagipun dia pun busy dengan kerja, so i'm understand that it's okay. Hmm and serious talk i miss her so much, i miss her crazy, i miss her punya potpetpotpet. Mesti tertanya-tanya kan sapa dia oghang tuuu ? Haa rahsia nanti last entry gua tunjuk kat luu okay. Bagi aku kalau aku dah jalinkan persahabatan dengan someone tuu sampai bila-bila pun dia tetap kawan aku, tak kira dia jahat macam mana pun. Walaupun kadang-kadang tuu kita terasa dengan sikap kawan kita but we still together. Bukan senang nak dapatkan kawan yang bergelar SAHABAT yang ada dengan kita saat suka dan duka kita, complicated gila nak dapat member macam ni ! Kalau hampa ada member macam nie jaga laa dia elok-elok, nanti bila dia hilang dari kita baru kita nak sedaq betapa pentingnya dia tuu untuk kita. Teringat aku masa zaman sekolah p mana saja berdua sampai orang kata kami ni belangkas, nak buat macam mana dah dia tuu kawan baik aku of course laa kemana saja berdua. Tapi bila dah ada kerjaya sendiri masing-masing sibok tak sempat jumpa. Tapi aku nak dia tau yang aku harap sangat dapat jumpa dia walaupun kejap takpa janji jumpa, aku rindu sangat kat dia. Herghhh rasa macam nak jerit jaa sekarang ni. Okay sabar-sabar ! Hmm, okay laa need to go sebab aku update ni pun kat tempat keja, curi-curi, Hihi. Ohh lupaa nama kawan yang aku nak bagitau tuu adalah jengjengjengggg NORADILA BINTI ZAINUDDIN.

Ni dia org nya, tudung pink tuu aku so abaikan. Yang aku maksudkan tuu org sebelah aku tuu. Okay guys jumpa lagi dinext entry ! :*

Friday, 23 May 2014

Me

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan


Firstly, i'm a newbie here. Hii guys *scream*. Macam apa je kan. Okay, meh aku nak story sikit pasal aku sebagai langkah perkenalan. Nama aku FATIN NORSYAZWANI BINTI JOHARI, umur aku ? Hmm agak-agak aku ni umur berapa ?? Teka lahh . Aku anak jati daghi PULAU PINANG tapi tapi tapi aku bukan anak mami okay. Ramai sangat kata aku ni anak mami, muka aku ni sikit pun tadak macam anak mami hampa tauu. Haa tudiaaa ! Aku ni mahasiswi kat kolej swasta dekat banting, selangor. Agak jauh laa aku merantau. Aku memang suka merantau jejauh lepastu dok ghiau (menangis) nak balik. Apaaraaa aku ni, tak rock langsung kann. Anak sulung dari 5 beradik. 2 gegirl 3 boboy ! Abah dengan mak aku besarkan aku dalam keadaan serba sederhana but bahagia. Alhamdulillah ! Aku bakal habis belajar bulan 10 ni harap percepatkan lagi hari sebab aku dah tak sabaq nak balik rumah aku kat Penang tuu. Hihi . Hmm okay laa aku pun dah tatau nak cherita apa lagi, so kalau nak tahu umur aku tuu nanti kira laa dilahirkan pada tahun 1993. Okay guys, see u later ! 


Thank You For All The Love You Give

You’ve made me happier than I’ve ever been
And I just wanted to say thank you
for all the love you give

whenever I need someone in my corner
You’re there to hold my hand,
to love me and comfort me;
You always understand

You know just how to make me smile
even when my world is falling apart
You know exactly how
to bring peace to my heart

So, thank you for all the love you give
You’re all I will ever need;
in you I’ve found my love and my best friend.
So, thank you