Nuffnang

Sunday, 6 July 2014

FAMOUS AMOS COOKIES !

Assalamualaikum and see you again. Long time no see yaa, agak-agak dah berabuk apa kan belog ni. So, entry kali ni aku cuma nak update pasal biskut yang aku try buat semalam. Alhamdulillah menjadi jugak, sedap pun sedap. Hahah *perasan*. Now aku nak share resepi biskut famous amos yang aku buat semalam . 


Bahan-bahan:

1)    2 cawan gula castor   |  1 buttercup/planta

2)    4 biji kuning telur  |  1 camca teh esen vanilla

3)    4 cawan tepung penaik  |  1 cawan milo

4)   1 camca teh soda bikarbonat  |  chocolatechips

Sebelum tu panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 20 minit

 FIRST

Campurkan Bahan 1
 

 SECOND

Campurkan Bahan 2. Tapi sebelum tu kacau dulu kuning telur bersama dengan esen vanilla.
 

THIRD
Masukkan milo dulu, pastu baru tepung. Tepung masukkan 1 cawan pastu kacau, masuk 1 cawan lagi, then kacau...sampai lah cawan ke-4
 

 FOURTH
Masukkan soda bikarbonat. Lepas tu masukkan chocolatechips ikut suka nak masuk banyak mana :) Aku guna hershey's sedap sikit . hihi
 

FIFTH

Bentuk kan bulat-bulat. guna sudu je :) jarak jarak sikit sebab nanti kembang biskut tuu. 
Bakar adunan selama 10 minit dengan suhu 150 C.
And hasilnyaaaaa   ..






Monday, 30 June 2014

Resepi 1 : Eggless Caramel Pudding

Okay, bulan puasa ni semua benda teringin kan tapi yang paling FW teringin sekali ni haaa, Eggless Caramel Pudding. Dah dapat resipi nye so, nak share la sikit dengan u'olls. :) Let's check it out !

BAHAN BAHAN
(loyang 20cm)

Bahan A
4 sudu besar gula pasir

Bahan B
10g serbuk agar2
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (ABM guna 400ml susu segar)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik esen vanilla

CARA CARA
Bahan A
1. Firstly, kita buat lapisan caramel dahulu. Ambil loyang (pastikan loyang bukan springform), taburkan gula pasir diatasnya.
2. Gunakan api kecil, masakkan gula didalam loyang tersebut sehingga keperangan dan jadi karamel. Ratakan dan ketepikan (of course karamel akan mengeras time ni, but chillex. dont gabra-gabra okay).
Bahan B
1. Ambil periuk, masukkan kesemua bahan B kedalamnya. Gunakan whisk dan pukul adunan sehingga tepung larut sepenuhnya. Rasa sikit adunan, kalau tawar, tambah gula/susu pekat, kalau manis, tambah air. ikut citarasa masing2.
2. Letakkan periuk atas api sederhana. Kacau sehingga adunan mendidih dan pekat (part ni kene sabar sikit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau dengan senduk kayu. Jangan malas2 ya! hihi
3. Bila dah pekat dan mendidih, tapiskan dan tuang adunan didalam loyang berisi karamel tadi.
4. Biarkan kejap kat luar barulah masukkan dalam peti ais. Kalau masukkan time panas2, nanti peti ais rosak pulak.
5. Biarkan sejuk sehingga puding mengeras. Seeloknya semalaman. Enak dimakan puding yg masih sejuk.
SIAP ! SELAMAT MENCUBA :)
    Kredit to : ABM


End Of The Days !

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak semua ! Semoga puasa kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT :)
Alhamdulillah, hari ni hari last aku praktikal dekat PPD Kuala Langat. So far Alhamdulillah everything is gonna be alright walaupun penat tiada elaun but it's okay. Buat semua tu sebagai kewajiban dan kerana Allah Taala. InshaAllah. Sedih, gembira pun ada. Banyak kenangan kat sini even 3bulan. Pegawai-pegawai pun dah mula menerima student praktical mcm aku yg kiut miut ni, Hahaha nak jugak puji diri sendirikannn :P 

Pagi tadi dah dapat hadiah dari Puan Azlina Ros selaku penyelia kak syu, hadiah dia belum bukak biar surprise sikit. Alhamdulillah rezeki bulan puasa :) Ramai pegawai yang takde actually hari ni. So, aku harap ada lah pegawai-pegawai yang terbaca entry ni kan. Disini fatin ingin mengucapkan bebanyak terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan, terutama sekali En Azhar penyelia fatin untuk Unit Penilaian dan Peperiksaan. Banyak pengalaman yang dapat sepanjang berada di Unit Pengurusan Akademik. Kenangan praktikal, inshaAllah takkan fatin lupakan. Fatin doakan agar semua pegawai dan staff berjaya, sihat selalu. InshaAllah !

First day and last day puasa di sini. And i hope puasa tahun ni bukan puasa yang terakhir dan mudah-mudahan puasa kita diterima. Banyakkan amalan sepanjang bulan puasa yang mulia ni. Sama-sama kita melakukan perubahan. InshaAllah:) Assalamualaikum. 

Wednesday, 25 June 2014

HAPPY BORNDAY LOVE !

23 JUNE 19**
HAPPY BIRTHDAY MUHD REDZA BIN RAMLI !!!

Yayaya , i know dah lambat sebenarnya entry ni. I'm so sorry guys, sangat busy minggu terakhir bergelar student praktical ni. Fuhh tak menyempat dah nak usha usha apa yang patut. Okay actually masa sehari sebelum birthday MRR aku dah buat plan nak buat perangai sentap aku yang tak habis habis, kononnye macam nak ajak gaduh lah ! *konon k konon* buat derk je aku pun kan. Tapi memang nak tersentap jugak bila dia ni boleh pulak relax tidoq ! Pergh hangin hangin, ingat nak pujuk ke apa . Ciss . How dare u MRR !!

But it's okay dia penat keje so nevermind, the day masa birthday dia aku cuma wish je then esokknya dia mai kat aku and keluaq jejalan kat alamanda dan aku memulakan perancangan konon nak ajak dok tepi tasik kat alamanda tuu kan lepas makan. Then p laa kami dua orang kat tepi tuuu sembang punya sembang pastu aku cakap kat dia kalau aku tanya soalan tolong jawab dgn ikhlas, pastu okaylah. Aku dengan semangatnya keluarkan kertas-kertas soalan aku jeng jeng jeng ado 5 soalan tp rahsia. Hahaha. Dia jawab kemain lagi and the last question aku tanya dia mau hadiah dok kalau aku nak bg, dia dengan esyen jual mahai kata takmao pastu bole plak tanya eh ada hadiah kaa ?? Grr sengal punya budak . Aku pun gegeh jugak , siap suruh tutp mata kalau nak hadiah siap tadah tangan lagi , haha . And the surprise is kotak harta karun yang berisi SNIKERS dengan Cincin okay beb. :) *sengal kan aku*

First dia tak nampak pastu dia dok godeh-godeh so jumpa lahhh kan , kata nya nak nangis tp tak pun . Ceitt ! Birthday dia takda kek, i'm sorry sayang ! Takpe janji ikhlas kan kan kan kannn . And the most important thing just give what you want , simple pun tak kisah , murah ke mahal ta kisah yang penting ikhlas ye dok . Okay laa need to go ado keje lagi so see you again . Chiaww ! :* Opss ni haa birthday boy tuuu ..

Friday, 20 June 2014

Tips Nak Kejutkan Orang Yang Susah Nak Bangun !


Assalamualaikum guys . Okay, today FW nak share tips-tips nak gerak orang yang susah nak bangun tidoq ! Perghh ingat senang kaa nak kejut orang macam ni, rasa nak bebai semua ada ooo. Tambah-tambah nie dah nak dekat puasa so i think better i share apa yang patut kan. Haha . Here is the tips :) 

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur nie adalah salah satu caranya : *tahap 1*
  • Pegang atau picit anak jari kiri / kanan pastu panggil nama dia slow-slow
  • Pegang bahu org tidoq tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
  • Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia
  • Tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia
  • Tutup kipas / air cond
Tapi kalau still tak ada effect *tahap 2*
  • Jerit nama dia kuat-kuat kat tepi telinga
  • Picit ibu jari dia guna kuku sambil panggil nama dia
  • Simbah air
  • Tarik telinga sampai merah
  • Goyang badan dia sambil jerit api api api
  • Letak jam loceng tepi telinga dia
Tapi kalau still tak ada effect jugak *tahap 3*
  • Pergi kat telinga dia... then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali
  • Pergi kat dia, baca je surah yaasin!
  • Wrestling teroih laaa *ajak gaduh*
Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir *tahap 4*
  • Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana tuhan lebih menyayanginya.
So jangan lupa buat ye dan Selamat Mencuba :D

( Credit To TAH )

Thursday, 19 June 2014

RAMADHAN DATANG KEMBALI !

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi, dah siap prepare ke semua ? Tak lama dah tinggal lagi berapa hari je lagi, tak sabar menunggu kehadiran bulan puasa ni. Eh cop cop , dah ganti puasa ke beb ? Mana yang belum tuu cepat-cepat lah, kalau tak sempat lepas ni ganti ye. Mana dah tahniah cheq ucapkan, u're great bebehhh :* Okay, mesti semua tengah kalut dok beli kurma dan persiapan nak puasa kan. How sweet ! But this year cheq tak dapat lagi puasa dengan family, terpaksa masuk kolej lepas habis praktikal. So sad , baru plan nak balik tapi tak jadi. Hmmm

So, bulan puasa ni banyakkan lah beribadah, berzikir ye. Harap apa yang kita buat diterima oleh Allah and please make a change okay guys. Yang ni pesanan untuk kaum adam hat muda-muda tuh please puasa penuh jangan nak cuti-cuti pulak. Hahaha. 


Harap tahun ni bukan lah tahun yang terakhir untuk kita, and fatin harap dapat puasa penuh tahun ni *harap lah, mudah-mudahan* ;) So, tenangkan hati, jiwa, banyakkan beribadat inshaAllah everythings it gonna be fine. Disini fatin memohon maaf jika ada terkasar bahasa or whatever lah kan harap dimaafkan. May Allah Bless Us ! Amin !!! :) 

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Tuesday, 17 June 2014

HOPELESS !

Hari demi hari, siang ke malam yang sunyi dan hanya kedengaran bunyi salakan anjing! No incoming calls, no message, no email. Aku bagaikan menanti sesuatu yang bakal terjadi tapi .... Hampa !! Terasa dihati tapi hanya mampu untuk aku pendamkan sahaja, tiada siapa yang ingin mengetahui. Hati masih meronta-ronta ingin mengetahui adakah diri ini masih diperlukan lagi atau sebaliknya. Buang aku jika tak mahu, terima aku bila mahukan sesuatu ! Yaa, kata hati aku kuat mengatakan itu. Aku tetap manusia, yang masih ada perasaan suka, duka, sedih, marah dan sebagainya. Malam ! Terfikir apa yang akan terjadi pada keesokkan harinya, mungkin hari yang menggembirakan atau mungkin hari yang mendukakan. Tetap jugak hari yang mendukakan, sakit dihati jangan ditanya. Diri mana yang tidak terasa bila disalah ertikan bila diri disamakan dengan orang lain sedangkan jauh sama sekali. 
Mengalir airmata tanpa aku sedari, yaa diri ini masih lemah tidak mampu menahan kesakitan keseorangan ! Hanya doa dan senyuman yang mampu menemani aku disaat ini. Memang perit tapi Allah sentiasa ada bersama aku walaupun dirinya tiada disisi. Aku ? Tersangat sensitif, kadang-kadang berharap ada yang mampu menjaganya tapi itu hanya harapan takkan menjadi realiti. Berharap dapat terbang jauh dari sini dan pergi ke suatu sudut yang jauh dari pandangan orang lain tapi aku tidak mampu pergi sejauh itu. Disini aku cuma mampu berdoa agar dia bahagia, sihat sejahtera dan berjaya. I'm sorry i can't be what you wanted and i'm sorry i'm not good enough for you. Hard for me and i know it's easy for you! Thanks for everything and i know u'll read this. And the last word from me to you ILOVEYOU and i'm gonna miss you !! Sometimes we have to learn to let go of the person we love, and just hold on to the memory of what was .. -_-