Nuffnang

Monday, 30 June 2014

Resepi 1 : Eggless Caramel Pudding

Okay, bulan puasa ni semua benda teringin kan tapi yang paling FW teringin sekali ni haaa, Eggless Caramel Pudding. Dah dapat resipi nye so, nak share la sikit dengan u'olls. :) Let's check it out !

BAHAN BAHAN
(loyang 20cm)

Bahan A
4 sudu besar gula pasir

Bahan B
10g serbuk agar2
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (ABM guna 400ml susu segar)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecik esen vanilla

CARA CARA
Bahan A
1. Firstly, kita buat lapisan caramel dahulu. Ambil loyang (pastikan loyang bukan springform), taburkan gula pasir diatasnya.
2. Gunakan api kecil, masakkan gula didalam loyang tersebut sehingga keperangan dan jadi karamel. Ratakan dan ketepikan (of course karamel akan mengeras time ni, but chillex. dont gabra-gabra okay).
Bahan B
1. Ambil periuk, masukkan kesemua bahan B kedalamnya. Gunakan whisk dan pukul adunan sehingga tepung larut sepenuhnya. Rasa sikit adunan, kalau tawar, tambah gula/susu pekat, kalau manis, tambah air. ikut citarasa masing2.
2. Letakkan periuk atas api sederhana. Kacau sehingga adunan mendidih dan pekat (part ni kene sabar sikit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau dengan senduk kayu. Jangan malas2 ya! hihi
3. Bila dah pekat dan mendidih, tapiskan dan tuang adunan didalam loyang berisi karamel tadi.
4. Biarkan kejap kat luar barulah masukkan dalam peti ais. Kalau masukkan time panas2, nanti peti ais rosak pulak.
5. Biarkan sejuk sehingga puding mengeras. Seeloknya semalaman. Enak dimakan puding yg masih sejuk.
SIAP ! SELAMAT MENCUBA :)
    Kredit to : ABM


End Of The Days !

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak semua ! Semoga puasa kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT :)
Alhamdulillah, hari ni hari last aku praktikal dekat PPD Kuala Langat. So far Alhamdulillah everything is gonna be alright walaupun penat tiada elaun but it's okay. Buat semua tu sebagai kewajiban dan kerana Allah Taala. InshaAllah. Sedih, gembira pun ada. Banyak kenangan kat sini even 3bulan. Pegawai-pegawai pun dah mula menerima student praktical mcm aku yg kiut miut ni, Hahaha nak jugak puji diri sendirikannn :P 

Pagi tadi dah dapat hadiah dari Puan Azlina Ros selaku penyelia kak syu, hadiah dia belum bukak biar surprise sikit. Alhamdulillah rezeki bulan puasa :) Ramai pegawai yang takde actually hari ni. So, aku harap ada lah pegawai-pegawai yang terbaca entry ni kan. Disini fatin ingin mengucapkan bebanyak terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan, terutama sekali En Azhar penyelia fatin untuk Unit Penilaian dan Peperiksaan. Banyak pengalaman yang dapat sepanjang berada di Unit Pengurusan Akademik. Kenangan praktikal, inshaAllah takkan fatin lupakan. Fatin doakan agar semua pegawai dan staff berjaya, sihat selalu. InshaAllah !

First day and last day puasa di sini. And i hope puasa tahun ni bukan puasa yang terakhir dan mudah-mudahan puasa kita diterima. Banyakkan amalan sepanjang bulan puasa yang mulia ni. Sama-sama kita melakukan perubahan. InshaAllah:) Assalamualaikum. 

Wednesday, 25 June 2014

HAPPY BORNDAY LOVE !

23 JUNE 19**
HAPPY BIRTHDAY MUHD REDZA BIN RAMLI !!!

Yayaya , i know dah lambat sebenarnya entry ni. I'm so sorry guys, sangat busy minggu terakhir bergelar student praktical ni. Fuhh tak menyempat dah nak usha usha apa yang patut. Okay actually masa sehari sebelum birthday MRR aku dah buat plan nak buat perangai sentap aku yang tak habis habis, kononnye macam nak ajak gaduh lah ! *konon k konon* buat derk je aku pun kan. Tapi memang nak tersentap jugak bila dia ni boleh pulak relax tidoq ! Pergh hangin hangin, ingat nak pujuk ke apa . Ciss . How dare u MRR !!

But it's okay dia penat keje so nevermind, the day masa birthday dia aku cuma wish je then esokknya dia mai kat aku and keluaq jejalan kat alamanda dan aku memulakan perancangan konon nak ajak dok tepi tasik kat alamanda tuu kan lepas makan. Then p laa kami dua orang kat tepi tuuu sembang punya sembang pastu aku cakap kat dia kalau aku tanya soalan tolong jawab dgn ikhlas, pastu okaylah. Aku dengan semangatnya keluarkan kertas-kertas soalan aku jeng jeng jeng ado 5 soalan tp rahsia. Hahaha. Dia jawab kemain lagi and the last question aku tanya dia mau hadiah dok kalau aku nak bg, dia dengan esyen jual mahai kata takmao pastu bole plak tanya eh ada hadiah kaa ?? Grr sengal punya budak . Aku pun gegeh jugak , siap suruh tutp mata kalau nak hadiah siap tadah tangan lagi , haha . And the surprise is kotak harta karun yang berisi SNIKERS dengan Cincin okay beb. :) *sengal kan aku*

First dia tak nampak pastu dia dok godeh-godeh so jumpa lahhh kan , kata nya nak nangis tp tak pun . Ceitt ! Birthday dia takda kek, i'm sorry sayang ! Takpe janji ikhlas kan kan kan kannn . And the most important thing just give what you want , simple pun tak kisah , murah ke mahal ta kisah yang penting ikhlas ye dok . Okay laa need to go ado keje lagi so see you again . Chiaww ! :* Opss ni haa birthday boy tuuu ..

Friday, 20 June 2014

Tips Nak Kejutkan Orang Yang Susah Nak Bangun !


Assalamualaikum guys . Okay, today FW nak share tips-tips nak gerak orang yang susah nak bangun tidoq ! Perghh ingat senang kaa nak kejut orang macam ni, rasa nak bebai semua ada ooo. Tambah-tambah nie dah nak dekat puasa so i think better i share apa yang patut kan. Haha . Here is the tips :) 

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur nie adalah salah satu caranya : *tahap 1*
  • Pegang atau picit anak jari kiri / kanan pastu panggil nama dia slow-slow
  • Pegang bahu org tidoq tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
  • Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia
  • Tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia
  • Tutup kipas / air cond
Tapi kalau still tak ada effect *tahap 2*
  • Jerit nama dia kuat-kuat kat tepi telinga
  • Picit ibu jari dia guna kuku sambil panggil nama dia
  • Simbah air
  • Tarik telinga sampai merah
  • Goyang badan dia sambil jerit api api api
  • Letak jam loceng tepi telinga dia
Tapi kalau still tak ada effect jugak *tahap 3*
  • Pergi kat telinga dia... then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali
  • Pergi kat dia, baca je surah yaasin!
  • Wrestling teroih laaa *ajak gaduh*
Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir *tahap 4*
  • Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana tuhan lebih menyayanginya.
So jangan lupa buat ye dan Selamat Mencuba :D

( Credit To TAH )

Thursday, 19 June 2014

RAMADHAN DATANG KEMBALI !

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi, dah siap prepare ke semua ? Tak lama dah tinggal lagi berapa hari je lagi, tak sabar menunggu kehadiran bulan puasa ni. Eh cop cop , dah ganti puasa ke beb ? Mana yang belum tuu cepat-cepat lah, kalau tak sempat lepas ni ganti ye. Mana dah tahniah cheq ucapkan, u're great bebehhh :* Okay, mesti semua tengah kalut dok beli kurma dan persiapan nak puasa kan. How sweet ! But this year cheq tak dapat lagi puasa dengan family, terpaksa masuk kolej lepas habis praktikal. So sad , baru plan nak balik tapi tak jadi. Hmmm

So, bulan puasa ni banyakkan lah beribadah, berzikir ye. Harap apa yang kita buat diterima oleh Allah and please make a change okay guys. Yang ni pesanan untuk kaum adam hat muda-muda tuh please puasa penuh jangan nak cuti-cuti pulak. Hahaha. 


Harap tahun ni bukan lah tahun yang terakhir untuk kita, and fatin harap dapat puasa penuh tahun ni *harap lah, mudah-mudahan* ;) So, tenangkan hati, jiwa, banyakkan beribadat inshaAllah everythings it gonna be fine. Disini fatin memohon maaf jika ada terkasar bahasa or whatever lah kan harap dimaafkan. May Allah Bless Us ! Amin !!! :) 

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Tuesday, 17 June 2014

HOPELESS !

Hari demi hari, siang ke malam yang sunyi dan hanya kedengaran bunyi salakan anjing! No incoming calls, no message, no email. Aku bagaikan menanti sesuatu yang bakal terjadi tapi .... Hampa !! Terasa dihati tapi hanya mampu untuk aku pendamkan sahaja, tiada siapa yang ingin mengetahui. Hati masih meronta-ronta ingin mengetahui adakah diri ini masih diperlukan lagi atau sebaliknya. Buang aku jika tak mahu, terima aku bila mahukan sesuatu ! Yaa, kata hati aku kuat mengatakan itu. Aku tetap manusia, yang masih ada perasaan suka, duka, sedih, marah dan sebagainya. Malam ! Terfikir apa yang akan terjadi pada keesokkan harinya, mungkin hari yang menggembirakan atau mungkin hari yang mendukakan. Tetap jugak hari yang mendukakan, sakit dihati jangan ditanya. Diri mana yang tidak terasa bila disalah ertikan bila diri disamakan dengan orang lain sedangkan jauh sama sekali. 
Mengalir airmata tanpa aku sedari, yaa diri ini masih lemah tidak mampu menahan kesakitan keseorangan ! Hanya doa dan senyuman yang mampu menemani aku disaat ini. Memang perit tapi Allah sentiasa ada bersama aku walaupun dirinya tiada disisi. Aku ? Tersangat sensitif, kadang-kadang berharap ada yang mampu menjaganya tapi itu hanya harapan takkan menjadi realiti. Berharap dapat terbang jauh dari sini dan pergi ke suatu sudut yang jauh dari pandangan orang lain tapi aku tidak mampu pergi sejauh itu. Disini aku cuma mampu berdoa agar dia bahagia, sihat sejahtera dan berjaya. I'm sorry i can't be what you wanted and i'm sorry i'm not good enough for you. Hard for me and i know it's easy for you! Thanks for everything and i know u'll read this. And the last word from me to you ILOVEYOU and i'm gonna miss you !! Sometimes we have to learn to let go of the person we love, and just hold on to the memory of what was .. -_-


Monday, 16 June 2014

ANJING OHH ANJING !!!!!

Assalamualaikum semua, sihatkah hari ni ? Apa ? Tak sihat ? P makan ubat nah ! Sihat ? Alhamdulillah .
Okay, entry pepagi yang mendamaikan pasal anjing. Sakit hati dengan anjing punya pasal terus buat entry macam ni ye. Hahaha apa laaa fatin ni kan ! Ngeee --'


Haa, anjing hitam ! Anjing ni lah yang selalu menakutkan aku pepagi bila aku nak pegi keja . Fuhhh lemah jantung aku, pantang nampak orang nak menyalak je kerjanya. Pagi tadi punya cerita, baru je aku lalu tepi pagar rumah tuan dia, dia senyap-senyap jalan then menyalak kat aku. Rasa nak je tercampak botol air yang aku pegang. Geram pulak aku dengan anjing ni, tak cari pasal tak boleh ke 1 hari ?? Dah laa berani menyalak kat aku. Fuhhh ! Saboo jelahhh.

So, buat korang yang jumpa anjing macam tuu bawak-bawak lah bersabar, sabar kan separuh daripada iman. Hehee. So, okay lah see u in the next entry soon :) 

XOXO FW 

Friday, 13 June 2014

FLORIA 2014

Assalamualaikum, Hai semua ! See u again .
Ada ke orang yang jenguk aku punya blog ni ? Macam takde je ? Macam ada je ? Ngee. Okay ! Tengok bawah .

Apa ni ? Apa ni ? Haa okay, yang ni adalah FLORIA PUTRAJAYA dimana anda-anda semua boleh tengok bebunga yang cantik lagi indah dan mekar *wah ayat aku* hahaha. Sangat cantik last year aku dah pegi dengan member-member aku bersama anak angkat aku. 

          

Ewahh gambar diatas gambar tahun lepas masa aku p festival FLORIA tu ! Meriah gila, masuk pun FREE jangan risau. Kat mana ? Haa ni kat Putrajaya Presint 4, festival ni bermula esok ( 14june-22june 2014). Makcik, Pakcik, Akak-akak, Abang-abang, Adik-adik yang minat bunga jangan lupa p sana taw. Cik fatin confirm p tuu mesti juling bijik mata sebab tengok bunga warna warni. Perghhh nalaaa habaq mai ! Heheh :D Even ramai tapi best. Pastu ada jualan bunga tak silap aku masa aku p tahun lepas, murah-murah wehh. Semua dok berebut beli tau dok ! Okay so kat bawah nanti aku akan sajikan dengan gambaq bunga yg ada kat aku masa p festival tu. ENJOY !! :)

29-06-2013 Putrajaya Floria 2013 (3)29-06-2013 Putrajaya Floria 2013 (4)


THE END !


Thursday, 12 June 2014

SAKIT ITU UJIAN

Assalamualaikum semua ! Dah berapa hari tak jengok blog disebabkan tak berapa nak sihat sekarang.
So korang tolong jaga kesihatan okay ! :)
Huhh, tak larat sangat rasanya hari ni dan hari-hari sebelumnya kerana diserang deman batuk yg kronik sampai sesak nafas dibuatnya. Tapi kena gagahkan diri jugak untuk datang kerja sebab lagi berapa hari lagi je nak habis praktikal.. Sabar ye fatin sabar ! So guys , make sure korang banyakkan minum air putih kurangkan minum air yang berais okay.

Rasa tak sabar pulak nak habis, kejap je rasa 3 bulan ni, after that harap sangat lecturer bagi cuti rehat kejap tak kisah laa seminggu ke 2minggu ke tak kisah. Hopeless ! Heeee . Actually aku dah takde idea nak update hari ni tp takpe laaa taknak blog aku ni jd lebih usang baik update je kan even tak penting pun. So last thing, yang mana belum puasa ganti please please ganti okay, and tolong jaga kesihatan korang. Jangan marah-marah bila tengah sakit okay sebab Allah saja nak bagi kat kita ujian dapat pahala senang jaa wehh ! Jangan lupa solat. Tolong doakan aku cepat sembuh okay ! Take care . :)

Tuesday, 10 June 2014

PUASA GANTI

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah dah hari kesepuluh untuk bulan baru. Aku nak tanya hampa ni dah ganti puasa belum ? Sapa yang belum tuu moh-moh laa kita ganti ye, dah nak puasa dah tak lama dah. Walaupun panas terik, batuk-batuk sakit tekak dan sebagainya takpaa tuu ujian dari Allah bersyukur dapat peluang jugak untuk ganti puasa tahun lepas. Banyak gila dugaan bila puasa pada bulan bukan puasa ni. So saboo jelaa kann !
Hari ni first day aku ganti puasa kat opis, memang haus gila sebab aircond habis serap air dalam badan aku. Tapi aku tetap teruskan semangat, kejap je fatin relax-relax tawakal bebanyak ! Puasa ni jugak dapat control diri tu dari makan bebanyak, bercakap benda bukan-bukan. So Alhamdulillah ! Tapi kan aku nak cerita laa sikit pasal sahur pagi tadi. Lepas je sahur pagi tadi aku terus tido sebab mata dah sebam gila then lepas orang azan je aku macam nampak something kat pintu bilik aku. Nampak benda tu hitam macam asap-asap lepastu terus badan aku ta boleh gerak, aku jerit pun budak bilik aku xdengar. Aku cuba jerit lagi panggil mak aku tapi tak boleh jugak berpeluh-peluh aku dibuatnya *aku panggil mak aku pun bkn dia dgr sbb dia jauh kat utara nuh*, aku memang dah lemah gila time tu terus baca ayat Kursi 2x dalam hati then benda tu macam slow-slow hilang. Baru lah aku boleh bergerak, bernafas. Separuh mati aku dibuatnya.  Aku taktahu la apa tu perasaan aku ke atau memang aku kena tindih dengan benda tu ! Wallahualam. Minta aku dijauhkan dari makhluk-makhluk yg aku xboleh nampak ni. InshaAllah !

Hmm, tapi aku rasa ni semua dugaan untuk aku, aku kena sabar banyakkan berzikir tak boleh mengalah. Ada orang cakap benda-benda tu memang suka menganggu time kita lemah, sakit,lemah semangat . It's okay ! Dia tu pun makhluk Allah, dia patut takut dengan kita yang manusia ni kan. Ye dok ! Ehh dah lari tajuk ni. Btw aku nak ucapkan Selamat Berpuasa buat yang berpuasa ganti tu dan selamat beramal ye kekawa. Mohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata ke apa ke ye. Nanti bukak puasa tu jangan gelojoh sangat taw. Hehe. :)

Monday, 9 June 2014

FOOD : STEAMBOAT

Assalamualaikum, Hai semua .
Sedang aku duduk rilex-rilex aku terbaca satu blog ni milik kak Hidayu's Journal pasal steamboat dekat area Selangor-KL. MashaAllah terliur aku nengok ! So aku dengan semangatnye tekan Mr Google cari pasal steamboat kat area selangor yang agak femes laa. Now aku nak share dengan korang, harganya sangat berpatutan. Kat sini aku bg 3 restoran steamboaat.

REBUS-REBUS STEAMBOAT & GRILL

Ni alamat Rebus-rebus steamboat & grill, korang boleh buat tempahan awal-awal .
D-5G Jalan Serai Wangi H16/H Alam Avenue, Seksyen 16, 40200 Shah Alam,Selangor
No. untuk tempahan : 010-4334969

RESTORAN TUPAI-TUPAI

Priced at RM29 per adult and RM15 per child (4 to 11 years old), the steamboat buffet also includes supplementary dishes such as fried rice and noodles, soup and porridge as well as bubur manis (sweet broth), ice cream and freshly sliced fruits for dessert. To prevent unnecessary food wastage, a charge of RM10 will be imposed for every 100g of unfinished food. 

tupai-tupai-6

Alamat : Lot 1513-A, Kampung Sg Tangkas, BT 18, Jalan Bangi, Kajang, Selangor | Tel: 603-8922 2525| GPS: 2.92921, 101.776374 | Halal

Alamat : 2, Jalan Lompat Tinggi, 13/33 Seksyen 13, Shah Alam, Selangor | Tel: 603-5126 2525| GPS: 3.089154, 101.546893 | Halal

ISLAND BBQ STEAMBOAT


HARGA;

Dewasa – RM21.90 nett/pax

Kanak2 – RM9.90 nett/pax (6-12 tahun)

Bawah 5 tahun PERCUMA

No.Tel : 012-6800041

Alamat  : Lot 3370, Jalan Kemboja, Seksyen U5 (Kg Melayu Subang), 40150 Shah Alam, Selangor  


GPS: N03 09.746′  E101 31.765′



__________________________________________________________________
Okay , puas ? Cantik kan tempatnye . Boleh laa bawak family, kekawan, orang yang tersayang ! Have a nice day :)

HADIAH ? HADIAH ? HADIAH !!

Assalamualaikum semua, Selamat pagi !
Burung-burung berkicauan, ibu-ibu didapur sibuk menguruskan sarapan, Aku ? Sibuk mengadap laptop pepagi disebabkan kerja yang banyak tertangguh di ofis ! Fuhhh,fuhhh berhabuknyaaa belog aku ni.
Okay before that hampa sihat kaa ?? Tak sihat ?? Alaa, makan ubat okay. Skrg ni musim batuk lah apa laa, saboo jelaa. Allah bg ujian :)

Okay hari ni aku nak bicara *ewah bahasa aku* tentang HADIAH .

 
 Bab-bab nak bagi hadiah ni memang aku dok reti. So fening tersangat fening mao bagi hadiah apa untuk someone tuu. Suggestion ?? For him ! Aku nak bg benda yang bole dia guna selalu dan aku nampak dia guna. Faham kan maksud aku ? Ngeee. Susah jugak lahai nak pikio pasal hadiah ni untuk kaum adam. Hampa takdo kaa cadangan untuk aku ? Bole migrain aku pikir, tapi takpe inshaAllah aku akan usahakan yang terbaik untuk bg dia surprise.Doa-doakan aku okay ! If u've any suggestion for me bole lah drop komen kat bawah ye. Hehe . Okay laaa, sampai sini je untuk kali nie maybe agak bosan sorry taw. Take care, jaga hati, jaga mata, jaga segala-galanya ! Jumpa lagi . :) 

Wednesday, 4 June 2014

SAYONARAA GENG !

Assalamualaikum semua, bertemu kita lagi untuk entry terbaru.
Okay, semalam hari terakhir buat member aku stay kat banting ni, after this tatau dah bila nak jumpa apa semua. Al maklum lah depa dah habis belajaq dah, lepaih nie sunyi laa. Tadak dah org aku nak melawak, bagi serabut rambut, baca buku pasal agama. Hmm sedih tuu ta payah habaq laa kan. Tapi takpa laa aku bersyukur dapat habiskan masa dengan depa untuk seminggu ni. Melepak, makan sesama ! Depa ni kira senior aku laaa, syok kawan ngan depa ni. Yang aku maksudkan tuu KAK ZILA, MIMI dan FIZA ! Karakter depa ni buat aku tergelak sesorang kalau aku teringat. Hampa nak tau dak apa yang pelik ? Jom terjah !



Kak Zila : Seorang yg sangat rajin, pandai masak, suka tengok hindustan, gelak macam pontianak bila tengok citer lawak, kuat makan, suka kacau mimi. Orgnya lembut je, suara merdu baq hang ! 

MIMI : Sengal kekadang tu, sweet, cantik, kurus, tinggi dari aku, suka kacau orang then dia nie pandai gila ahh bergaya, orang taiping perak, kaki karaoke, suka makan NASI LEMAK TELUR GOYANG *telur mata* ! 
Yang pakai baju pink tu fiza, baju hitam tuu mimi .

FIZA  : Hmm awek aku sorang ni, dia ni pendiam, suka masak, suka baca/kumpul buku-buku ilmiah. Dan aku pun meminjam buku-buku ilmiah tuu dari dia. Nice person ! Lembut macam gadis melayu terakhir okay. Suka kacau aku. Suka ke ?? Hahaha

Aku kat sini pasti akan rindukan hampa, semalam dah kena kan tepung, kena tonyoh dengan kek coklat lagi. Hee, harap hampa takkan lupakan our memories ye. I've hope we'll meet one day. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan hampa. Doakan kejayaan aku pulak taw taww ! Gonna miss you guys . Ni aku hadiahkan gambaq hampa yang zaman dulu-dulu punya.