
1. TETAPKAN SEMPADAN DALAM BERKAWAN
- Kalau dulu maybe tiap hari atau tiap minggu kamu berjumpa dan bertukar cerita dgn rakan ‘frenemy’ kamu tetapi kamu harus menetapkan sempadan. Menetapkan sempadan maksudnya dia harus menghormati keperluan kamu boleh membantu kamu mentakrifkan semula hubungan persahabatan itu dengan syarat. Menetapkan jenis sempadan boleh membantu kamu menurunkan persahabatan kpd status “
kenalan”. Dia tidak boleh memonopoli hidup kamu lagi dan cuba untuk menjatuhkan kamu dari dekat. Ya, dia mungkin akan cuba memburuk-burukkan kamu kerana mungkin kamu tidak mahu menghabiskan banyak masa dengannya seperti dahulu tapi sabarlah. Dia akan hilang dari hidup kamu sepenuhnya selepas beralih kepada mangsa seterusnya.
2. BERITAHU DIA APA YANG KAMU RASA
- Walaupun sukar, ini adalah pendekatan yang paling mudah untuk berurusan dengan persahabatan ‘toksik’ jika kamu masih berharap bahawa hubungan persahabatan kamu boleh diselamatkan. Duduk dan bercakap dengan dia tentang bagaimana tingkah laku dia dan juga berterus terang. Kebenaran itu memang pahit tetapi jangan seksa diri kamu dengan menelan segala kepahitan dalam persahabatan. Bagitau dia mengenai sempadan baru persahabatan kamu, mencadangkan kaunseling jika perlu.
3. MENGHABISKAN MASA DGN KAWAN-KAWAN YANG BAIK DAN POSITIF
- Sapa cakap kamu tak boleh cari rakan baru yang positif dan tidak ‘beracun’? Masih tidak terlambat. Mungkin ada diantara kamu yang tidak lagi mahu mempercayai kawan kamu. Tapi jika kamu menghabiskan masa dengan kawan-kawan dan keluarga yang hormat kamu, ia boleh membantu kamu mendapat beberapa perspektif positif dalam persahabatan. Kawan yang baik juga boleh memberi kamu nasihat mengenai cara terbaik untuk menjauhkan diri dari persahabatan toksik kamu dan memberikan sokongan kepada kamu.
4. PUTUS KAWAN
- Ini kira last pilihan untuk kamu ye tapi ni paling sukar tapi amat baik, tu pun kalau kamu takmau teruskan lagi persahabatan kamu dengan frenemy ni. Ada satu titik dlm persahabatan toksik dimana kamu dibuli/dizalimi dengan teruk - Contohnya mencuri harta kamu, bercakap buruk mengenai kamu, dan menfitnah serta menjatuhkan kamu, dan makanya mungkin perkataan maaf itu tidak mencukupi. Dalam situasi mcm ni, kamu perlu lakukan apa sahaja yang kamu perlu lakukan untuk mengelak dr org mcm ni dan terus jauh daripadanya. Tukar nombor telefon kamu. Block dia di Facebook atau laman sosial lain. Jika dia mengugut kamu, pergi buat report. Mungkin agak keterlaluan tapi ingat itu demi kebaikan kamu jugak.
- Selalunya masalah kawan seperti ini akan mengganggu kehidupan kamu dari segi mental dan fizikal terutamanya perempuan. Putus kawan merupakan jalan yang terbaik walaupun agak kejam. Tetapi bila kamu ingat balik semua perkara kejam yang telah dilakukan olehnya, ianya satu tindakan yang adil. Berhati-hati memilih kawan kerana ramai je yang tak ikhlas zaman sekarang ni. :)
Disini aku sertakan sekali DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MUSUH

Allaahumma innii auudzu bika min khaliilin maakirin 'ainaahu tarayaani wa qalbuhu yar aani. In ra aahasa natan dafanahaa, wa in ra aa sayyiatan adzaa'ahaa.
Maksudnya:
Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu, daripada teman karib yang penipu, iaitu yang kedua matanya menyoroti aku sedangkan hatinya mencari-cari kesalahanku. Apabila ia mendapatkan kebaikanku, dipendamnya diam-diam. Tapi kalau ia melihat keburukanku, disiar-siarkannya dimana-mana.
P/S : pilih kawan yang membawa kita ke syurga bukan ke neraka.☺
No comments:
Post a Comment